Sunday, December 12, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Datangmu tak diundang...dan tak salah menumpang sayang..


tengok perut MAY memboyot menunggu hari nak bersalin...sapalah nak jadi bidan dia ni....

Ini penghuni baru rumah aku. Datang tak pernah diundang. Setahu aku dia kucing peliharaan pelajar-pelajar IPT/Kolej yang menyewa selang beberapa pintu dari rumah aku. Sejak bebudak bujang tu balik ke kampung masing-masing kerana bercuti panjang semester, kucing betina ni dibiarkan sendirian. Melilau dan merayau ke sana ke mari kelaparan mencari makan.

Seperti kebiasaan, rumah aku memang jadi rumah persinggahan kegemaran kebanyakan kucing samada yang bertuan atau tidak. Pertamanya mereka akan singgah minum di tempayan berisi air penuh di depan laman. Puas menghilangkan dahaga, menghala ke dalam rumah pula kerana tercium bau makanan.

Melihat mereka mengiau-ngiau kelaparan mulalah timbul rasa simpati dan belas kasihan. Kadang-kadang aku cuba keraskan hati tak mahu melayan dan memberi amaran pada anak-anak supaya jangan melayan kucing-kucing mendatang ini. Tiba-tiba jauh di sudut hati terselit rasa simpati dan takut-takut aku berdosa menginaya binatang.


Akhirnya, bila kita mula beri makan...jawabnya rumah kitalah tempat paling indah untuk mereka lawati. Mula-mula datang tumpang makan..lama-lama rumah kita jadi tempat penginapan.

Tak sampai hati punya pasal dan kerana anak-anak dah jatuh sayang dengan si MAY ni, maka dilayan dibelai kucing betina yang sedang bunting ni. Aku naik ngeri tengok perut dia yang memboyot dan macam tak sanggup nak jadikan rumah aku ni wad bersalin dia. Si MAY pun dah mula meninjau dan menguis-nguis bawah katil aku dan anak-anak. Apalagi, nak cari port tersembunyi paling selamat untuk melahirkan zuriat dia la tu...Oh tidaaak...!


Bahagia betul si MAY dapat menumpang makan minum sekenyang-kenyangnya atas layanan ihsan ikhlas dari anak-anak aku. Diberi makan ikan rebus, makanan kucing basah dan kering, sesekali dapat makan ayam, keropok dan apa saja yang boleh ditelan oleh kucing-kucing ni.
.
.
Si Tatam yang hitam rentung tu pun asalnya kucing terbuang yang datang menumpang dan akhirnya jadi penghuni tetap rumah aku. Kebiasaan kucing jantan, bila sampai musim mengawan...habis sekitar rumah aku dipancut minyak wangi dia yang hancing pesing tu.
.
.
Entah-ntah si May ni membusung atas angkara si Tatam kot. Alamatlah anak-anak si May yang keluar nanti gelap gelita macam si Tatam ni....musnahlah harapan kakak Kina yang mendoakan semoga May melahirkan zuriat yang comel, cute miut, ekor kembang macam May dan warna bulunya cantik-cantik belaka. Kita 'wait and see' ye kakak...kwang..kwang..kwang...

MAY dah serba tak kena...sekejap meniarap, sekejap terlentang...macam kita gak orang pompuan bila perut dah memboyot cukup bulan menunggu hari...seksa nak duduk bangun.
Kesian pulak aku tengok...


TOM kucing kesayangan yang dibela sejak lahir. Dicurahkan sepenuh kasih sayang namun akhirnya Tom hilang entah ke mana..kehilangan Tom memang menyedihkan kami sekeluarga lebih-lebih lagi ayah angkat Tom..en asben aku le..melilau satu Bangi mencari Tom siang malam. Termenung sana termenung sini mengalahkan bini dia yang hilang...hu..hu..

nun jauh depan Tatam tu ialah musuh ketat dia, kalau dekat tu bergasak jer kerjanya...

.
Si Tatam yang hitam legam tak ada sehelai pun bulu putih ni, panjang pulak umurnya dan kekal sampai ketua hidup dalam family aku. Tatam kalau nanti May lahirkan anak-anak dia kaler hitam macam kau...sah engkau le jantan durjana itu. Peliknya kalau Tatam asben May apasal Tatam bolayan jer kat May, duduk dekat pun tak hingin...sombong semacam jer. Apakah ini yang dinamakan habis manis, sepah dibuang...kejam ek.


Si jantan kuning ni pun kucing liar yang datang menumpang rumah aku. Mula-mula tumpang, lama-lama jadi penghuni tetap. Kali pertama dia menjenguk rumah aku, ingatkan mesti dia ni garang dan buas sebab kuat bergaduh dengan kucing-kucing jantan lain. Kerana garangnya dia kami gelar dia taiko Bangi. Rupa-rupanya bila dah kenal, si Bambang Hudoyono ni romantik dan manja..tak pernah kami dicakarnya.
.
.
Adik bagi nama dia Bambang sebab dia cukup besar,macho dan handsem macam Presiden Indonesia...perasan ape.. Peliknya sejak beberapa bulan berlalu, kami sudah tidak bertemu Bambang lagi, hilang entah ke mana.
.
.
Nasib dia sama macam Tom, tiba-tiba tidak lagi pulang ke rumah. Entak ke mana hilangnya mereka, kalau mati ada bangkainya. Mungkinkah si Tom kucing kesayangan paling comel dicuri orang dan si Bambang pulak dibuang orang kerana tak tahan dengan tingkahnya yang dianggap jahat kerana suka bergaduh.
.
.
Biar apapun yang berlaku, yang pasti kucing-kucing ini adalah haiwan ciptaan Allah..makhluk yang berkongsi hidup dengan kita di atas dunia ini. Baik dia kita perlakukan maka pahala yang kita dapat, sebaliknya jika kita berlaku kejam ke atas mereka...silap haribulan kita mendapat bala. Belajarlah berkasih sayang sesama manusia dan binantang, insyallah berkemungkinan haiwan-haiwan ini mendoakan yang baik-baik untuk kita sekeluarga..dengan doanya juga berkemungkinan kita dimasukkan ke syurga...ameen..



6 comments:

Pn Kartini said...

salam my dear sis:)

Banyak juga yaa akak bela kucing..:):)
umah tinie mmg tak dek!!

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Sis Tinie,

Sebenarnya akak dah pesan kat anak2dan ayahnya sekali, tak mau dan jangan bela kucing selepas kehilangan Tom tapi...diaorang ni tersangatlah suka dan sayangkan kucing. Cepat kesian dan tak sampai hati. Dibelai dan dibagi makan, akhirnya kucing2 tu menuju rumah akak le bila cari makan.. semua orang ingat akak bela, padahal kucing mendatang atau pendatang haram..hu..hu..

Mama said...

Salam Yati

KZ mmg tak pernah bela kucing... sbb anak2 semua kena asthma dari kecik.
Hingga besar.. secara otomatis mereka tak suka kucing.

Tapi suka tengok yg comel2 tu....

Zaitun said...

Dulu kak Zai pernah bela kucing nama pun Tom juga.Jumpa kat PPUM jaga sampai jadi macam bear tapi satu pagi hubby tak sedar dia kat bawah kereta terus ter....mati,sedih sangat.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

KZ,

bagi yg ada asthma tu sebaiknya elakkan diri dari bergelumang dgn binatang yg berbulu2 ni, bimbang dpt alahan, mujur kami sekeluarga tiada asthma..saya sebenarnya malas nak bela kucing tp suami dan anak2 terlalu sayang dan sukakan kucing, suka tak suka kena pandai2 suaikan diri demi keharmonian rumahtangga gitu... mengalah jer la kak...

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Kak Zai,

hu..hu..ni kes menyayat hati.. nampak kucing orang tergolek atas jalanraya kena langgar pun saya tak sanggup tengok inikan pula kucing kesayangan kena lenyek dgn tuannya sendiri, mau trauma saya sekeluarga dibuatnya..shiannya Tom.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...