Sunday, April 25, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

PENGURUSAN JENAZAH - satu tanggungjawab...

SABTU dan AHAD - dua hari yang agak sibuk tapi amat bermakna. Menadah ilmu selagi termampu. Selagi punya masa, umur, kesihatan dan kesempatan.

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH.
TEMPAT : SURAU AL UMM, SEK 1, B.B.BANGI.
TARIKH : SABTU 24/4 - AHAD 25/4/2010
MASA : 8.30 pg - 5.00 ptg.
PENCERAMAH : Ustazah Arbaiah Asmuni.

Kursus pagi Ahad diresmikan oleh ADUN Bangi - Kajang, Ustaz Shafie dengan kerjasama PAS dan JAIS. Alhamdulillah peserta yang hadir hampir 50 orang kesemuanya. Kursus ini dianjurkan hanya untuk muslimat sahaja. Seperti biasa ia dihadiri kebanyakannya dari kalangan warga emas. Penyertaan anak-anak muda amat kecil bilangannya.

Lantunan pertanyaan...apakah kematian hanya lebih pantas mengejar mereka yang sudah berusia semata. Sedangkan pekerjaan menguruskan jenazah amat memerlukan tenaga muda sebagai pelapis.

Sungguh ianya hanya fardhu kifayah namun kita sekarang ini amat kekurangan tenaga yang yang boleh diharapkan untuk menjalankan tugas mulia ini. Seorang pengurus jenazah atau tukang mandi mayat yang benar-benar mahir lagi berpengalaman. Seorang yang benar mencurah jiwa dan raganya dalam bidang ini dengan membawa bersama rasa penuh tanggunjawab, penuh keikhlasan, amanah, sabar, berani, tidak berkira dan perihatin.

Kesemua sifat terpuji ini ada dalam diri seorang Ustazah bernama Arbaiah. Penuh terisi sejuta pengalaman yang beranika ragamnya. Bukan calang-calang orang yang seberani, setegas dan secekap beliau dalam segala siluk biluk urusan pengurusan mayat ini.

Bertanyalah di mana-mana hospital khususnya Hospital Kajang serta pelbagai jabatan lain misalnya Penjara Kajang, kebanyakan beliau telah berurusan dan menyelesaikan seribu satu macam jenis dan cara kematian.

Sebutkan apa saja jenis kematian. Mati kena bunuh, bunuh diri, jatuh bangunan, gantung diri, kena hukum gantung di penjara, lemas,terbakar, kemalangan dilanggar komuter, kereta, lori dan sekian banyak kematian ngeri sudah dilaksanakan menggunakan kepakarannya.

Harus diingatkan tugas beliau tidak memilih kaum, agama, bangsa, warna kulit dan kewarganegaraan. Asal bersangkutan pengurusan mayat beliau akan dipanggil oleh pihak yang berkenaan di atas kepakaran dan sikap beliau yang tidak memilih bulu.

Menguruskan kematian juga kepada mereka yang berpangkat, berdarjat dan bergelar apatah lagi di kalangan kita orang biasa-biasa adalah tugas harian beliau. Telefon sentiasa berdering, panggilan yang memerlukan khidmat beliau tatkala kami sedang mendegar ceramahnya tak putus-putus.

Kehidupan harian beliau sebagai isteri yang bersuamikan seorang imam berserta 4 anak dan 3 menantu adakalanya amat sibuk. Kebetulan kesemua mereka juga mahir dalam mengendalikan dan mempersiapkan peralatan dan penyediaan menguruskan, memandikan dan mengkafankan mayat/jenazah.

Mendengar ceramah beliau kita akan terpaku, teruja, kagum dan terhutang budi. Sedangkah diri seorang wanita yang berusia menjangkau 60 tahun itu begitu bimbang, risau dan sangat-sangat mengharapkan agar tugas dan kepakarannya dapat digalas dan diwarisi oleh golongan muda yang bertenaga, berminat dan ikhlas memikul tanggunjawab penting ini.

Ramai yang telah beliau beri tunjukajar secara lansung atau tidak lansung namun ramai pula yang tidak sanggup dan tidak cukup berani apabila dihadapkan situasi sebenar. Al maklum, tidak semua kuat semangat bila berhadapan dengan mayat apatah lagi jika ia tidak sempurna. Pekerjaan yang mencabar ini memang untuk mereka yang terpilih walaupun ia sebenarnya tidak terlalu berlandaskan keputusan peperiksaan di sekolah dan Universiti yang cemerlang.

Kematian pasti datang! Cepat, lambat, di mana, bagaimana...semuanya urusan Allah swt.
Yang penting..sudahkah kita bersedia. Sudah kita persiapkan cukup bekalan untuk ke sana. Alam akhirat yang kekal buat selama-lamanya....INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN....

Insyallah, ada waktu akan dikongsi sedikit ilmu yang dipelajari tadi di lain N3. Badan agak letih. Esok tugas menunggu. Tubuh dan minda mohon kerehatan..

5 comments:

Mama said...

Salam Yati...bagus sekali N3 ini. Very interesting. Memang besar jasa insan-insan seperti Ustazah ini kerana bukan semua orang boleh menyempurnakan tugas yg mulia itu ... hanya yang kuat iman je... Tetapi yang menyedihkan jasa yang macam ini org 'take for granted' je.

Ibu n Abah said...

salam buat yati..
Alhamdulillah.... satu perkongsian maklumat yg baik utk kita semua... mmg tugas ustazah itu amat mulia. dan bukan semua org sanggup menguruskan jenazah sepertinya. terus terang saya katakan, saya sendiri pun tidak cukup berani hendak menguruskan jenazah walaupun saya pernah 2kali terlibat semasa urusan memandikan arwah mak dan makcik. orang yg kita sayang dan kenali mmglah kita sanggup. tapi utk org lain?.. keadaan jenazah yg berbagai rupa?.. belum berannii...
nak berdoa juga agar diberikan kekuatan utk menggalas tugas tersebut kerana saya pernah berniat ingin menjadi pengurus jenazah dgn mengikuti kursus2 yg dianjurkan.. Insya'Allah...

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam kak,
Doa saya semoga kakak sekeluarga dan ayim dlm perlindungan Allah selalu hendaknya.

Sebenarnya bnyk sekali tips2 yg diberi oleh Ustazah tu dlm bab menguruskan jenazah ni. Jika ada kesempatan turut serta mana-mana kursus dianjurkan di tempat akak suatu hari nanti, saya cadangkan akak ambillah peluang itu.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam Mah,
Sekurang2nya mah ada niat dan minat dlm bidang ini. Insyallah smg Allah beri kekuatan dan kesempatan itu suatu hri nanti.

Aduhai mah, kenkadang saya terlintas b/mana pengakhiran hidup kita nanti. Sesungguhnya saat dijemput Ilahi tidak menunggu kita sedang sihat atau sakit. Sampai masa tidak akan tertangguh walau sesaat.

Mudah2an kita semua dipermudahkan Allah di saat sakaratulmaut, insyallah.

tunbegia said...

thanx singgah ke blog haku yang xde apa2,

salamm,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...